Monday, September 19, 2011

Suka & X Suka....

SUKA
  • Being a mother to SAFIYYA
  • Makanan : Spaghetti, Chicken chop, Laksa penang, Gulai terung, Kari telur ikan
  • Minuman : Limau ais, Bandung
  • Playing computer games : SIMS, CafeWorld, Farmville, Hidden Objects
  • Balik Kampung
  • Pegi bercuti dgn family
  • Suka lepak dalam MPH
  • Lepak ngan geng MISCHIEVOUS & MELANA
  • Surf internet pasal : Breastfeeding, Ilmiah, Parenting


TIDAK SUKA...

  • Makanan : Lotong, Soto, Tauhu
  • Minuman : Teh, Kopi
  • Perangai Manusia : Sombong, Belagak, Bodoh sombong, Marah tak tentu pasal, Mulut laser
  • Basuh toilet

" Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [BAQARAH : 216]

Sentiasalah bersyukur pada ALLAH atas apa yang diberikan pada kita..ALHAMDULILLAH

Sunday, September 18, 2011

Kenapa Kita Cepat Marah?

Menurut IMAM AL-GHAZALI, sikap marah ialah nyalaan api sumber daripada api ALLAH yang menyala dan menjulang tinggi sampai baik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

“Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).

TIPS KAWAL MARAH

  • Berwuduk
  • Istighfar kepada ALLAH SWT : Astaghfirullahalazim
  • Berzikir
  • Sentiasa menyebut : Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim (aku berlindung dengan nama ALLAH daripada syaitan yg direjam)
  • Kalau anda sedang berdiri, DUDUKLAH
  • Kalau anda sedang duduk, BARINGLA
  • yang penting BERSABAR

ABU HURAIRAH dan SAID AL MAGBURI meriwayatkan : "Ada seorang lelaki memarahi SAYYIDINA ABU BAKAR. Ketika itu RASULULLAH SAW duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga ABU BAKAR. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, ABU BAKAR membalas makian itu, tetapi RASULULLAH bangun dan beredar dari situ. ABU BAKAR hairan dan terus mengekori RASULULLAH sambil berkata " YA RASULULLAH , dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi".

RASULULLAH lantas menjawab : " Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

RASULULLAH kemudian bersabda lagi : "ALLAH akan memuliakan hambaNYA ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan ALLAH."

ABU HURAIRAH AL BAHLILI berkata bahawa RASULULLAH pernah bersabda : "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka ALLAH akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat"

When you get angry, remember ALLAH, and how short and worthless life is to waste in being Angry.

SAMA-SAMALAH KITA MENGAWAL KEMARAHAN KITA...insyaALLAH

Thursday, September 15, 2011

Breastfeeding

Surah Al-Baqarah - 233 :
Mothers shall suckle their children for two whole years; (that is) for those who wish to complete the suckling. The duty of feeding and clothing nursing mothers in a seemly manner is upon the father of the child. No-one should be charged beyond his capacity. A mother should not be made to suffer because of her child, nor should he to whom the child is born (be made to suffer) because of his child. And on the (father's) heir is incumbent the like of that (which was incumbent on the father). If they desire to wean the child by mutual consent and (after) consultation, it is no sin for them; and if ye wish to give your children out to nurse, it is no sin for you, provide that ye pay what is due from you in kindness. Observe your duty to Allah, and know that Allah is Seer of what ye do.

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan & pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan".

My journey as a breastfeeding mother was so challenging ..sungguh-sungguh mencabar...I was suffering from extremely sore nipple...kesakitan yang dialami diawal penyusuan Safiyya amat menakutkan aku...tapi nekad di hati untuk teruskan juga..Alhamdulillah masuk bulan ke 3 berkat doa pada ALLAH dan ilmu yang aku dapat dalam blog 'Penyusuan Ibu' amat-amat membantu aku...Insyaallah akan ku teruskan sehingga Safiyya cukup 2tahun..all my girlfriends, bacalah buku, surf internet,..tanyalah pada pakar laktasi mengenai BREASTMILK/BREASTFEEDING...susulah anak-anak anda dengan susu badan anda...aku tak pandai nak cerita ....breastmilk is the best...pengalaman hidup banyak mengajar aku....ANAK ANDA BERHAK DAPATKAN SUSU IBUnya...

Tuesday, September 13, 2011

Pesanan Buat Suami - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang
dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Monday, September 12, 2011

My Precious Gift

Alhamdulillah, dapat aku merasa menjadi seorang ibu kepada Nur Safiyya yang comel..Lahir pada 24.03.2010 di PPUM...pengalaman bersalin mmg tak dapat nak cerita kt orang..tapi aku tetap bersyukur pada ALLAH di atas apa yang berlaku pada hidup aku...Nak masuk 2thn dah bb ku syg ni...dari meniarap, tumbuh gigi, bergolek2...boleh jalan...paling seronok when she can call me IBU..masyaAllah...besar sungguh kuasaMU ya ALLAH...SAFIYYA, ibu loves u so much...
Ya ALLAH, permudahkanlah hidup anak ku ini, bahagiakan hidupnya di dunia dan akhirat..jadikan dia anak yang solehah..
May ALLAH protect her and guide her to the right path always..Ameen