Tuesday, January 8, 2013

A Memorable Experience


14 Dis 2012 : 9 pagi aku rasa semacam..pinggang rasa sakit ...gi tandas...check..sah...dah kuar darah sket. Call mama dia cakap dah turun tanda tu tapi takpe takyah gi hospital lagi. Tunggu kalau sakit baru gi. Call husband dia nk datang ambik aku and hantar gi pusrawi jugak. Ya ALLAH KAU permudahkanlah urusan ku..Dalam kul 12.00 aku sampai pusrawi, doktor admit labour room coz dah dekat due walau aku tak rasa sakit.

Masuk labour room dah rasa cuak coz tgk katil and alatan..hehe..tapi aku dapat relax lagi sbb tak sakit ape. Lepas solat jumaat doktor datang check jalan baru 2cm. Doktor bagi tukar wad biasa. Malam mama sampai wad, gilir ngan husband. Malam dia teman aku. Kul 1 pagi aku dah start sakit. Contraction every 8min then 5min. Aku dah tak boleh tido dah. Bangun duduk baring bagi tahan sakit.

15 Dis 2012 : 10 pagi doktor datang check jalan still 2cm. Doktor cakap takde progress. Tunggu kul 1 kalau jalan tak bukak jugak kena c-ser. Ya ALLAH, masa tu takutnya aku. Berharap dapat deliver secara normal. Mama start call ayah, pakcik and sedara mintak tolong solat hajat. Aku berdoa berzikir tanpa henti mohon pada ALLAH and dok tahan sakit.

Jam 1, doktor datang check jalan. Ada progress dah bukak 4cm. Alhamdulillah. Doktor pecahkan air ketuban and induce bagi cepat sket jalan bukak. Lepas induce, ya ALLAH...sakitnya...tuhan saja yang tahu..nak terkoyak dah baju husband ditarik..sakit ya ALLAH..

Lepas azan asar, mama balik rumah katanya lepas maghrib dia datang balik. Kul 6 ptg nurse datang pasang CTG nak check jantung baby. Lama-lama tu aku tgk pulse jadi 0. Punyala mengelabah, husband terus call nurse. Kul 7 mlm doktor datang check, rupanya baby dah nak keluar dah nampak rambut baby. Nurse siapkan alatan and tiba masa aku nak start push...................

Alhamdulillah, lepas dengar je azan maghrib aku selamat push baby keluar...Ya ALLAH, besar sungguh kekuasanMU...mata husband berair..tengok keajaiban...Syukur padaMU ya ALLAH..
Aku telah selamat melahirkan baby girl berat 3.0 kg. Dapat aku merasa macam mana melahirkan baby secara normal. Beza dengan Nur Safiyya dulu secara c-ser.

Nur Sumayyah Binti Nasrul Hakim