Tuesday, October 27, 2015

Thai Lakorn : The Rising Sun Part 2 aka Roy Fun Tawan Duerd

demam cter thai dah datang balik....act cter ni sambungan cter yang lepas..tapi episode mengenai Onizuka Ryu aka Nadech Kugimiya...




to watch....click here >>>>>> Roy Fun Tawan Duerd







Friday, October 16, 2015

Wednesday, October 14, 2015

Hari Lahir Ku....


thank you all for the lovely wishes...

May ALLAH forgive us all & grant us Husnul Khatimah...

Tuesday, October 13, 2015

Nikmat Iman & Islam

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar


Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya


Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya


Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya


Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku


Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya


Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya


Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT


Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu


Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !


Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya habiballah



Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman.

Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .

اللهم صل على محمد وآل محمد