Skip to main content

Tips Jimat Duit Belanja

tunggu gaji masuk ni...lambat lagi kan..meh baca tips nak jimat duit belanja...banyak betulnya....


  • Guna motor sekiranya tempat yang dituju dekat sahaja.
  • Jalan kaki sahaja jika tempat tersebut terlalu dekat. (Lebih menyihatkan)
  • Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya.
  • Jika makan diluar, pilih restoran biasa. Tak perlu ke restoran mahal.
  • Air? Order air kosong atau suam. Percuma dan menyihatkan.
  • Air manis? Buat sendiri di rumah. Minta isteri yang buatkan.
  • Beli stok makanan dan keperluan rumah untuk seminggu terus.
  • Beli barangan di pasaraya borong atau pasar mingguan.
  • Rancang menu untuk satu minggu terus.
  • Bawa air minuman sendiri ke tempat kerja atau ketika keluar rumah. Jimat daripada membeli air mineral.
  • Bawa bekal makanan ke pejabat atau ketika keluar rumah bermusafir.
  • Makan satu lauk sahaja pada setiap waktu makan. Jika makan ikan, makan ikan sahaja. Jika ayam, makan ayam sahaja. Jimat belanja dan lebih menyihatkan. – Tip master Chef Sabri.
  • Gunakan akaun bank lain untuk perbelanjaan harian. Akaun bank lain untuk wang simpanan yang tidak boleh diusik.
  • Amalkan menabung setiap hari. Buatkan satu tabung dan letakkan di tempat yang mudah dilihat.
  • Beli kereta second hand. Pilih kereta yang ok. Jimat daripada bayar komitmen bulanan bagi kereta baru.
  • Gunakan satu atau dua telefon. Tidak perlu terlalu banyak telefon. Jangan kerap menukar telefon mengikut trend.
  • Pilih hobi yang tidak menggunakan duit. Sebaliknya menambahkan duit seperti blogging dan menulis. Hobi lain seperti beriadah, bermain bola dan sebagainya.
  • Kongsi kereta.
  • Rumah jauh dari tempat kerja? Pindah ke rumah yang lebih dekat jika ada. Jimat masa dan duit minyak kenderaan.
  • Basuh baju dengan muatan penuh.
  • Gosok baju untuk 1 minggu terus. Tak perlu gosok setiap hari. Jimat masa dan jimat elektrik.
  • Bayar bil secara online.
  • Beli barang secara online.
  • Keluar rumah pada waktu lengang. Bukan pada waktu puncak. Jimat masa dan jimat minyak.
  • Bawa duit secukupnya apabila ingin keluar rumah.
  • Tidak perlu guna kad kredit. Gunakan kad debit.
  • Elakkan berhutang.
  • Beli buku yang perlu sahaja. Pinjam buku di perpustakaan jika ada.
  • Kurangkan menonton TV. Tonton TV 1 jam sahaja sehari. Gunakan masa selebihnya untuk aktiviti berfaedah yang lain.
  • Beli barang yang penting sahaja. Ikut keperluan. Bukan ikut kemahuan.
  • Setkan air-cond menggunakan timer. Jimat bil elektrik anda.
  • Kurangkan makan di restoran makanan segera.
  • Basuh kereta sendiri jika ada masa.
  • Tak perlu beli surat khabar setiap hari. Baca surat khabar online atau tonton berita di TV.
  • Tak perlu mesej SMS jika dapat Whatsapp.
  • Beli prepaid berbanding pascabayar jika penggunaan internet tidak kerap. Pilih pakej internet yang sesuai mengikut penggunaan.
  • Dalam membeli apa-apa pakej, pilih pakej yang jimat. Kenapa bayar lebih? Sedangkan kita mungkin tidak pun gunakan dengan sepenuhnya...
#copypaste zulpress.com

Comments

Popular posts from this blog

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

One of my favourite movie.. Zainuddin: Maaf? Kau regas segenap pucuk pengharapanku. Kau patahkan. Kau minta maaf.. Hayati: Sudah hilangkah tentang kita dari hatimu? Janganlah kau jatuhkan hukuman, kasihanilah perempuan yang ditimpa musibah berganti-ganti ini. Zainuddin: Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya. Zainuddin: Bukankah kau yang telah berjanji ketika saya diusir oleh Ninik Mamakmu karena saya asalnya tidak tentu, orang hina, tidak tulen Minangkabau, ketika itu kau antarkan saya di simpang jalan, kau berjanji akan menunggu kedatanganku berapapun lamanya, tapi kemudian kau berpaling ke yang lebih gagah kaya raya, berbangsa, beradat , berlembaga, berketurunan, kau kawin dengan dia. Kau sendiri yang bilang padaku bahwa pernikahan itu bukan terpaksa oleh paksaan orang lain tetapi pilihan hati kau sendiri. Hampir saya mati menanggung cinta Hayat...

SUNTIKAN VAKSIN SELAIN DI KLINIK KESIHATAN MALAYSIA

dari Precious Baby & Child Specialist Melaka Vaksin 6 bulan - Rotavirus Dos 1 7 bulan - Rotavirus Dos 2 8 bulan - Rotavirus Dos 3, Influenza Dos 1 / Pneumococcal Dos 1 9 bulan - MMR Dos 1 10 bulan - Influenza Dos 2 / Pneumococcal Dos 2 12 bulan - MMR Dos 2 13 bulan - Pneumococcal Dos 1/3 15 bulan - Pneumococcal Dos 2 > 1 tahun - Chicken Pox Contoh2 vaksin selain di Klinik Kesihatan..

Soalan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran - Pembantu Tadbir N17

Assalamualaikum Hari ini dalam sejarah..bertahun-tahun kerja Pegawai Tadbir Kontrak PRE dpt tawaran temuduga Pembantu Tadbir Gred N17.. Walau PT at least tawaran tetap kan..dari service dah 7 tahun masih Contract For Service. So tadi dh selesai..Alhamdulillah...result camne? tak tau lg..InshaAllah jika ada rezeki aku..dptlah kan.. So kepada sesiapa yg akan or tertanya tanya soklan apa akan ditanya..so here mek bgtau cth soklan ditanya tadi : 1. Sila perkenalkan diri 2. Sebutkan 4 orang pentadbir sekolah 3. Apa sumbangan anda boleh berikan kepada sekolah selain tugas hakiki 4. Rukun negara 5. Isu semasa terkini, sila ulas 6. Nama menteri besar negeri anda sekarang 7. Nama TYT negeri / nama sultan  8. Sebutkan 3 bahagian di bawah KPM 9. Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan GB selepas mesyuarat, apa tindakan anda 10. Jika terdapat penyelewengan di sekolah yg dilakukan oleh GB? apa yg anda akan lakukan 11. Nama menteri pendidikan terkini ...