Monday, January 9, 2017

Don't Take For Granted



Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . 

Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you . Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju . 

Beli barang keperluan di pasaraya sendiri . Eat alone among the crowds . 

Menguruskan emosinya sendiri . Either menangis bawah shower . Atau seronok makan kek depan tv sendiri .

Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari . 

Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial , smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri .

True mark of an independent woman is you all know she can live without you . 

She maybe 'extremely comfortable' with the ease at which she feels she can manage everything in her life . 

But don't take them for granted . Call , text or talk to her daily . 

Jadikan itu rutin walau di mana jua . Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu . 

At least ask her - Hows your hectic day today ? Are you well sleep last night ? Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia , paling dalam.

Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life .

Monday, August 1, 2016

Soalan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran - Pembantu Tadbir N17

Assalamualaikum

Hari ini dalam sejarah..bertahun-tahun kerja Pegawai Tadbir Kontrak PRE dpt tawaran temuduga Pembantu Tadbir Gred N17..

Walau PT at least tawaran tetap kan..dari service dah 7 tahun masih Contract For Service.


So tadi dh selesai..Alhamdulillah...result camne? tak tau lg..InshaAllah jika ada rezeki aku..dptlah kan..

So kepada sesiapa yg akan or tertanya tanya soklan apa akan ditanya..so here mek bgtau cth soklan ditanya tadi :

1. Sila perkenalkan diri
2. Sebutkan 4 orang pentadbir sekolah
3. Apa sumbangan anda boleh berikan kepada sekolah selain tugas hakiki
4. Rukun negara
5. Isu semasa terkini, sila ulas
6. Nama menteri besar negeri anda sekarang
7. Nama TYT negeri / nama sultan 
8. Sebutkan 3 bahagian di bawah KPM
9. Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan GB selepas mesyuarat, apa tindakan anda
10. Jika terdapat penyelewengan di sekolah yg dilakukan oleh GB? apa yg anda akan lakukan
11. Nama menteri pendidikan terkini

Tu yg mana mek ingat la...tp kesimpulannya...soalan simple tp hang mmg kena ada pengetahuan am..

Hrp ini dpt membantu mana-mana candidate yg akan hadir interview selepas ni..

Oh ya..Jangan lupa Etika Temuduga..cara duduk camne...cara susun sijil camne...walau simple tp ada yg main buat dek je kan...

Pengalaman berharga bg diriku...semoga allah permudahkan urusan ku..semoga rezeki ku masih ada..INSHAALLAH


Tuesday, June 7, 2016

Selamat Berpuasa - 1437H

Assalamualaikum..


It's not to late to wish you all..


Ramadan Kareem..



There are 13 steps to maximize pahala in the month of Ramadan :

1. Expand prayer 

2. Improve the quality of fasting 

3. Do not waste time at night, do qiyamul Lai

4. Dampen the tonque with Dzikrullah

5. Do not hesitate to remove Sadaqah

6. Do not waste time, Read the Qur'an

7. Repentance / Bertaubat

8. Hold for I'tikaf in the Mosque

9. Ridhalah over all HIS ruling

10. Open chest and tempting to forgive others

11. Sambunglah good rapport with anyone

12. Make happy the elderly

13. Seriously grabbed LAILATUL QADAR

Jom kita amalkan..InshaAllah..

Thursday, June 2, 2016

Drama : Dia Semanis Honey

Assalamualaikum..


Sahabat semua..


Mek nak habaq...mek terjebak dengan drama ni..terus fall in love gitu..




mek suka betul watak Ahnaf Wafiy..so sweettttt...

paling tak suka watak Bella..memang jahat..macam tak sesuai dia bawa watak tu dengan dia berhijab..bagi pendapat mek la kan...


pape pun...nak kena g cari novel ni....

sape yang nak layan DSH...tgk sini.. Drama Dia Semanis Honey Online


Thursday, May 26, 2016

Wednesday, May 25, 2016

Cara Keluarga Islam

Prof Dr Muhaya :

Teguran untuk semua

SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew
menasihatkan keluarga Islam agar menjadikan waktu maghrib sebagai waktu perdana untuk mengenal ALLAH bukannya menonton TV

Menurutnya, telefon bimbit juga perlu diketepikan semasa bersama keluarga kerana waktu itu begitu berharga.

“Masa bersama keluarga ambil semua telefon simpan dalam beg dan mangga (kunci). Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga. ALLAH merahmati keluarga berkasih sayang. ALLAH beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.*

“Beli kain kafan balut TV waktu Maghrib sampai jam 9.30 malam. Innalillahiwainnailaihirajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. ‘Prime time’ bukan untuk TV tapi untuk kenal *ALLAH dan Nabi Muhammad SAW* kepada ahli keluarga melalui ta'lim dan majlis ilmu,” katanya*

Beliau menyarankan agar ketua keluarga membeli buku hadis dan membacanya bersama isteri dan anak-anak selain mengamalkan sunah Nabi Muhammad SAW.

“Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi Muhammad SAW ajar makan berjemaah. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.*

“*Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak, suka cuci tandas, suka khidmat anak-anak, suka mudahkan urusan isteri dan suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita, sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak,” katanya.*

Sebelumnya beliau mendedahkan ramai wanita yang menghadiri program Keluarga Sunahnya menangis ketika bertanyakan soalan bagaimana untuk menarik perhatian suami mereka yang langsung tidak mahu berenggang dengan telefon bimbit.*

Menurut Ustaz Ebit, perbuatan itu menyebabkan si suami langsung tidak menghiraukan anak-anak.*

“*Sampai rumah sibuk pegang telefon. Lepas itu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. 7 pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok telefon 8 malam sampai jam 2 pagi. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain.*

“*Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur,” ceritanya.*

Namun beliau ada pesanan kepada si suami yang langsung tidak membantu kerja rumah malah melayan isteri bagaikan orang gaji tanpa dibelai serta disayangi.*

Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati. *Ya ALLAH*, bantulah wanita yang diuji begini.*

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri yang berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka,” pesannya.*

Tambahnya: "Malam-malam tidurkan anak-anak dengan *cerita-cerita Nabi SAW, para Sahabat dan kisah teladan*. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan *bangun awal berdoa *bersyukur atas nikmat* keluarga ini. Menangis depan *ALLAH.*

"*Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada *ALLAH*. Kemudian *kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang dua rakaat dan solat Subuh awal waktu.*