Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Suka & X Suka....

SUKA Being a mother to SAFIYYA Makanan : Spaghetti, Chicken chop, Laksa penang, Gulai terung, Kari telur ikan Minuman : Limau ais, Bandung Playing computer games : SIMS, CafeWorld, Farmville, Hidden Objects Balik Kampung Pegi bercuti dgn family Suka lepak dalam MPH Lepak ngan geng MISCHIEVOUS & MELANA Surf internet pasal : Breastfeeding, Ilmiah, Parenting TIDAK SUKA... Makanan : Lotong, Soto, Tauhu Minuman : Teh, Kopi Perangai Manusia : Sombong, Belagak, Bodoh sombong, Marah tak tentu pasal, Mulut laser Basuh toilet " Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [BAQARAH : 216] Sentiasalah bersyukur pada ALLAH atas apa yang diberikan pada kita..ALHAMDULILLAH

Kenapa Kita Cepat Marah?

Menurut IMAM AL-GHAZALI, sikap marah ialah nyalaan api sumber daripada api ALLAH yang menyala dan menjulang tinggi sampai baik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah. “Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud). TIPS KAWAL MARAH Berwuduk Istighfar kepada ALLAH SWT : Astaghfirullahalazim Berzikir Sentiasa menyebut : Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim (aku berlindung dengan nama ALLAH daripada syaitan yg direjam) Kalau anda sedang berdiri, DUDUKLAH Kalau anda sedang duduk, BARINGLA yang penting BERSABAR ABU HURAIRAH dan SAID AL MAGBURI meriwayatkan : "Ada seorang lelaki memarahi SAYYIDIN

Breastfeeding

Surah Al-Baqarah - 233 : Mothers shall suckle their children for two whole years; (that is) for those who wish to complete the suckling. The duty of feeding and clothing nursing mothers in a seemly manner is upon the father of the child. No-one should be charged beyond his capacity. A mother should not be made to suffer because of her child, nor should he to whom the child is born (be made to suffer) because of his child. And on the (father's) heir is incumbent the like of that (which was incumbent on the father). If they desire to wean the child by mutual consent and (after) consultation, it is no sin for them; and if ye wish to give your children out to nurse, it is no sin for you, provide that ye pay what is due from you in kindness. Observe your duty to Allah, and know that Allah is Seer of what ye do. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi ma

Pesanan Buat Suami - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. 4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan ister

My Precious Gift

Alhamdulillah, dapat aku merasa menjadi seorang ibu kepada Nur Safiyya yang comel..Lahir pada 24.03.2010 di PPUM...pengalaman bersalin mmg tak dapat nak cerita kt orang..tapi aku tetap bersyukur pada ALLAH di atas apa yang berlaku pada hidup aku...Nak masuk 2thn dah bb ku syg ni...dari meniarap, tumbuh gigi, bergolek2...boleh jalan...paling seronok when she can call me IBU..masyaAllah...besar sungguh kuasaMU ya ALLAH...SAFIYYA, ibu loves u so much... Ya ALLAH, permudahkanlah hidup anak ku ini, bahagiakan hidupnya di dunia dan akhirat..jadikan dia anak yang solehah.. May ALLAH protect her and guide her to the right path always..Ameen