Motivasi pagi jam 7.30 am di IKIM pada 19.10.11...
Antara golongan-golongan yang mustajab doa mereka iaitu :-
“Aku tidak bimbang akan waktu mustajabnya doa, tapi aku bimbang seandainya tidak diberikan taufiq untuk berdoa”[Khalifah Umar al-Khatab]
Antara golongan-golongan yang mustajab doa mereka iaitu :-
# Doa ibubapa
# Doa anak yang soleh/solehah
# Doa orang yang berpuasa
# Doa orang yang dalam kesusahan
# Doa orang bermusafir
# Doa sahabat untuk sahabat
# Doa pemimpin yang adil
# Doa anak yang soleh/solehah
# Doa orang yang berpuasa
# Doa orang yang dalam kesusahan
# Doa orang bermusafir
# Doa sahabat untuk sahabat
# Doa pemimpin yang adil
“Aku tidak bimbang akan waktu mustajabnya doa, tapi aku bimbang seandainya tidak diberikan taufiq untuk berdoa”[Khalifah Umar al-Khatab]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waktu-waktu yang mustajab berdoa :-
- Berdoa antara azan dan iqamat
- Berdoa pada sepertiga malam. Sesungguhnya RASULULLAH bersabda: "ALLAH akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, sesiapa yang berdoa kepada ALLAH, maka ALLAH akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada ALLAH maka ALLAH akan mengampuninya.
- Berdoa ketika sujud
- Hadis ABU HURAIRAH R.A, RASULULLAH bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada ALLAH daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.
- UBADAH BIN AS-SHAMIT berkata bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima ALLAH."
- ATA BIN ABI RABAH berkata: "Telah sampai padaku bahawa RASULULLAH bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
- Hadis daripada ABU HURAIRAH, RASULULLAH bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'
- Hadis daripada ABU HURAIRAH: RASULULLAH memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada ALLAH, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."
Comments