Wednesday, October 19, 2011

Doa

Motivasi pagi jam 7.30 am di IKIM pada 19.10.11...

Antara golongan-golongan yang mustajab doa mereka iaitu :-

# Doa ibubapa
# Doa anak yang soleh/solehah
# Doa orang yang berpuasa
# Doa orang yang dalam kesusahan
# Doa orang bermusafir
# Doa sahabat untuk sahabat
# Doa pemimpin yang adil

“Aku tidak bimbang akan waktu mustajabnya doa, tapi aku bimbang seandainya tidak diberikan taufiq untuk berdoa”[Khalifah Umar al-Khatab]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waktu-waktu yang mustajab berdoa :-
  • Berdoa antara azan dan iqamat
  • Berdoa pada sepertiga malam. Sesungguhnya RASULULLAH bersabda: "ALLAH akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, sesiapa yang berdoa kepada ALLAH, maka ALLAH akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada ALLAH maka ALLAH akan mengampuninya.
  • Berdoa ketika sujud
  • Hadis ABU HURAIRAH R.A, RASULULLAH bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada ALLAH daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.
  • UBADAH BIN AS-SHAMIT berkata bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima ALLAH."
  • ATA BIN ABI RABAH berkata: "Telah sampai padaku bahawa RASULULLAH bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
  • Hadis daripada ABU HURAIRAH, RASULULLAH bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'
  • Hadis daripada ABU HURAIRAH: RASULULLAH memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada ALLAH, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Wednesday, October 12, 2011

Solat Sunat Sebelum/Selepas Solat Fardhu

sharing ilmu where i get from my CIL...

Cara RASULULLAH solat sunat before and after solat fardhu as Hadith reported by UMI SALAMA :
2 rakaat before SOLAT SUBUH
4 rakaat before & after SOLAT ZUHUR
4 rakaat before SOLAT ASAR
2 rakaat sometime before SOLAT MAGHRIB
2 rakaat before & after SOLAT ISYAK

Prophet bersabda sesiapa solat sunat 1 hari 12 rakaat, ALLAH will build for him/her a very special PALACE in JANNAH

Tuesday, October 11, 2011

Bersyukur Pada ALLAH

lama lah pulak tak update blog ni..ketandusan idea...hari ni tiba-tiba dapat idea...masa otw nak ke opis,dalam keta..dengar radio IKIM, motivasi pagi cter pasal BERSYUKUR PADA ALLAH..

malu kita pada RASUL kalau tak pandai nak bersyukur..ini kerana AISYAH R.A " Ya, RASULULLAH, kenapa kamu masih mahu beribadat sehingga bengkak kakimu? sedangkan ALLAH telah ampunkan dosamu setelah dah sebelum engkau membuat dosa & syurga sudah dijanjikan pada mu ya RASULULLAH"...RASULULLAH menjawab "Ya Aishah, salahkah aku untuk bersyukur kepada ALLAH"..

Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”

Cara bersyukur di atas nikmat yang ALLAH berikan :-
  • Bersyukur dengan hati - mengakui nikmat tersebut datang dari ALLAH, asal daripadaNYA atas keutamaanNYA
  • Bersyukur dengan lisan - memperbanyakkan puji-pujian kepada ALLAH iaitu antaranya menyebut Alhamdulillah. Firman ALLAH "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan menyebutnya" [Ad-Dhuhaa:11]
  • Bersyukur dengan seluruh anggota badan - iaitu anggota badan haruslah mengerjakan perbuatan kebaikan yang diperintahkan oleh ALLAH dan meninggalkan segala laranganNYA.
"ALLAH mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu-ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui apa-apa. Dan DIA menjadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan hati, moga-moga kamu bersyukur"[AL-NAHL:78]

Sebagai hamba yang diberi nikmat MATA untuk MELIHAT, HIDUNG untuk MENGHIDU, MULUT untuk MENGUYAH, LIDAH untuk MERASA, TANGAN untuk MEMEGANG, KAKI untuk BERJALAN dan lain2...kita sepatutnya sentiasa bersyukur kepada ALLAH dengan atas nikmat yang diberikan jangan sampai nikmat itu ditarik balik oleh ALLAH.