tunggu gaji masuk ni...lambat lagi kan..meh baca tips nak jimat duit belanja...banyak betulnya....
- Guna motor sekiranya tempat yang dituju dekat sahaja.
- Jalan kaki sahaja jika tempat tersebut terlalu dekat. (Lebih menyihatkan)
- Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya.
- Jika makan diluar, pilih restoran biasa. Tak perlu ke restoran mahal.
- Air? Order air kosong atau suam. Percuma dan menyihatkan.
- Air manis? Buat sendiri di rumah. Minta isteri yang buatkan.
- Beli stok makanan dan keperluan rumah untuk seminggu terus.
- Beli barangan di pasaraya borong atau pasar mingguan.
- Rancang menu untuk satu minggu terus.
- Bawa air minuman sendiri ke tempat kerja atau ketika keluar rumah. Jimat daripada membeli air mineral.
- Bawa bekal makanan ke pejabat atau ketika keluar rumah bermusafir.
- Makan satu lauk sahaja pada setiap waktu makan. Jika makan ikan, makan ikan sahaja. Jika ayam, makan ayam sahaja. Jimat belanja dan lebih menyihatkan. – Tip master Chef Sabri.
- Gunakan akaun bank lain untuk perbelanjaan harian. Akaun bank lain untuk wang simpanan yang tidak boleh diusik.
- Amalkan menabung setiap hari. Buatkan satu tabung dan letakkan di tempat yang mudah dilihat.
- Beli kereta second hand. Pilih kereta yang ok. Jimat daripada bayar komitmen bulanan bagi kereta baru.
- Gunakan satu atau dua telefon. Tidak perlu terlalu banyak telefon. Jangan kerap menukar telefon mengikut trend.
- Pilih hobi yang tidak menggunakan duit. Sebaliknya menambahkan duit seperti blogging dan menulis. Hobi lain seperti beriadah, bermain bola dan sebagainya.
- Kongsi kereta.
- Rumah jauh dari tempat kerja? Pindah ke rumah yang lebih dekat jika ada. Jimat masa dan duit minyak kenderaan.
- Basuh baju dengan muatan penuh.
- Gosok baju untuk 1 minggu terus. Tak perlu gosok setiap hari. Jimat masa dan jimat elektrik.
- Bayar bil secara online.
- Beli barang secara online.
- Keluar rumah pada waktu lengang. Bukan pada waktu puncak. Jimat masa dan jimat minyak.
- Bawa duit secukupnya apabila ingin keluar rumah.
- Tidak perlu guna kad kredit. Gunakan kad debit.
- Elakkan berhutang.
- Beli buku yang perlu sahaja. Pinjam buku di perpustakaan jika ada.
- Kurangkan menonton TV. Tonton TV 1 jam sahaja sehari. Gunakan masa selebihnya untuk aktiviti berfaedah yang lain.
- Beli barang yang penting sahaja. Ikut keperluan. Bukan ikut kemahuan.
- Setkan air-cond menggunakan timer. Jimat bil elektrik anda.
- Kurangkan makan di restoran makanan segera.
- Basuh kereta sendiri jika ada masa.
- Tak perlu beli surat khabar setiap hari. Baca surat khabar online atau tonton berita di TV.
- Tak perlu mesej SMS jika dapat Whatsapp.
- Beli prepaid berbanding pascabayar jika penggunaan internet tidak kerap. Pilih pakej internet yang sesuai mengikut penggunaan.
- Dalam membeli apa-apa pakej, pilih pakej yang jimat. Kenapa bayar lebih? Sedangkan kita mungkin tidak pun gunakan dengan sepenuhnya...
#copypaste zulpress.com
Comments