Prof Dr Muhaya :
Teguran untuk semua
SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew
menasihatkan keluarga Islam agar menjadikan waktu maghrib sebagai waktu perdana untuk mengenal ALLAH bukannya menonton TV
Menurutnya, telefon bimbit juga perlu diketepikan semasa bersama keluarga kerana waktu itu begitu berharga.
“Masa bersama keluarga ambil semua telefon simpan dalam beg dan mangga (kunci). Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga. ALLAH merahmati keluarga berkasih sayang. ALLAH beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.*
“Beli kain kafan balut TV waktu Maghrib sampai jam 9.30 malam. Innalillahiwainnailaihirajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. ‘Prime time’ bukan untuk TV tapi untuk kenal *ALLAH dan Nabi Muhammad SAW* kepada ahli keluarga melalui ta'lim dan majlis ilmu,” katanya*
Beliau menyarankan agar ketua keluarga membeli buku hadis dan membacanya bersama isteri dan anak-anak selain mengamalkan sunah Nabi Muhammad SAW.
“Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi Muhammad SAW ajar makan berjemaah. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.*
“*Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak, suka cuci tandas, suka khidmat anak-anak, suka mudahkan urusan isteri dan suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita, sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak,” katanya.*
Sebelumnya beliau mendedahkan ramai wanita yang menghadiri program Keluarga Sunahnya menangis ketika bertanyakan soalan bagaimana untuk menarik perhatian suami mereka yang langsung tidak mahu berenggang dengan telefon bimbit.*
Menurut Ustaz Ebit, perbuatan itu menyebabkan si suami langsung tidak menghiraukan anak-anak.*
“*Sampai rumah sibuk pegang telefon. Lepas itu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. 7 pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok telefon 8 malam sampai jam 2 pagi. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain.*
“*Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur,” ceritanya.*
Namun beliau ada pesanan kepada si suami yang langsung tidak membantu kerja rumah malah melayan isteri bagaikan orang gaji tanpa dibelai serta disayangi.*
Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati. *Ya ALLAH*, bantulah wanita yang diuji begini.*
Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri yang berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka,” pesannya.*
Tambahnya: "Malam-malam tidurkan anak-anak dengan *cerita-cerita Nabi SAW, para Sahabat dan kisah teladan*. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan *bangun awal berdoa *bersyukur atas nikmat* keluarga ini. Menangis depan *ALLAH.*
"*Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada *ALLAH*. Kemudian *kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang dua rakaat dan solat Subuh awal waktu.*

Comments